Wednesday, September 19, 2007

kehidupanku sebagai seorang mahasiswa

Kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidaklah mudah seperti yang disangkakan. kekuatan, kesebaran dan ketekunan amat penting semasa bergelar mahasiswa. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang aku perolehi sewaktu berada di universiti. Salah satu ialah keadaan cuaca di sini yang agak lambat berbanding di kampungku. Duduk di universiti juga menyebabkan aku harus berdikari untuk meneruskan kehidupkanku. Tidak seperti di kampung kadang kala ibu bapa ada membantu untuk menguruskan kehidupanku sama ada dari segi penyediaan makanan, basuh baju dan sebagainya, tapi di sini aku terpaksa melakukannya sendiri..huh!..tension-tension.. sepanjang aku berada di universiti ini kebanyakan waktu kuliahku adalah pagi...ini juga merupakan salah satu dugaan yang cukup berat untuk aku tempuhi kerana cukup sukar hendak bangun pagi..heheh.. namun, dalam keperitan ini, terdapat juga kemanisannya seperti mendapat ramai kawan dan dapat belajar sesuatu yang baru. Hari ini, aku telah berada di tahun akhir dan aku harap aku telah lakukan yang terbaik sepanjang berada di sini. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapat kejayaan yang cemerlang...chayok-chayok!!!